fbpx
Rangka manusia itu ditemukan di siling sebuah rumah di wilayah Pathum Thani semalam. - Facebook

Rangka manusia dalam siling rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekumpulan pekerja pembinaan terkejut menemui rangka manusia milik seorang lelaki warga Kemboja yang sebelum ini dilaporkan hilang di dalam siling sebuah rumah dua tingkat di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Penemuan mengejutkan itu dibuat di Lam Luk Ka, wilayah Pathum Thani kelmarin. 

Rangka manusia itu tersembunyi di siling bilik di tingkat dua. Polis turut menemui kesan kotor pada dinding dipercayai cecair yang keluar daripada mayat tersebut. 

Seorang pekerja binaan dikenali sebagai Kanchana, 59, memberitahu polis bahawa dia ditugaskan untuk membaiki lubang pada siling sebelum tengkorak manusia tiba-tiba terjulur keluar. 

“Saya dan rakan sekerja terhidu bau busuk yang kuat dan tidak menyenangkan di rumah itu sejak memulakan pengubahsuaian. Namun, kami percaya bau itu berasal dari bangkai biawak tetapi tidak menyangka ia adalah mayat,” kata Kanchana. 

Polis berkata, mayat itu terbaring di atas struktur bumbung dan pendawaian elektrik dengan sepasang playar serta beg berisi dokumen peribadi ditemui berhampirannya. .

Mayat tersebut dikenal pasti sebagai seorang warga Kemboja, Maikheu Chhean berusia 29 tahun.  

“Chhean dipercayai terkena renjatan elektrik selepas memanjat ke ruang siling untuk memotong wayar tersebut. Mayat mangsa dihantar ke Institut Sains Forensik Pusat Thailand untuk siasatan lanjut,” kata polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN