fbpx
Gambar hiasan

Amaran hujan berterusan di Sarawak hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak hingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan tahap buruk dijangka melanda Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI