fbpx
Antara warga asing yang diperiksa pada Ops Mahir di Taman Cempaka, semalam. Foto IHSAN JIM

Sembunyi belakang timbunan kain, 21 pekerja asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taktik beberapa pekerja asing bersembunyi di sebalik timbunan kain ketika operasi penguatkuasaan dijalankan gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila mereka berjaya dikesan sebelum ditahan semalam.

Dalam Ops Mahir yang dijalankan di sebuah premis jahitan di Taman Cempaka, Ampang itu, seramai 21 warga asing berusia 17 hingga 50 tahun ditahan.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi melibatkan 19 pegawai itu dijalankan pada pukul 11 pagi selepas pihaknya melakukan pemantauan dan risikan selama tujuh hari.
Katanya, ketika serbuan, semua pekerja asing itu sedang memotong kain dan menyiapkan tempahan tudung serta pakaian.

“Ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi. Daripada 31 warga asing yang diperiksa, seramai 21 orang terdiri daripada 15 lelaki Pakistan, tiga lelaki Bangladesh dan tiga wanita Indonesia ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mereka bekerja di premis berkenaan kurang daripada tiga tahun dan diuruskan ejen yang menjanjikan pekerjaan sebelum memasuki ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mereka memiliki pasport, namun dokumen tersebut disimpan oleh ejen. Mereka juga tinggal di premis sama yang disediakan majikan tempatan,” katanya yang memberitahu kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI