![]() |
HONG KONG, 7 Januari 2026 /PRNewswire/ — Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan -terkemuka, hari ini mengeluarkan penemuan daripada Tinjauan Pemerkasaan Kesihatan dan Ekonomi Asia Pasifik (APAC) 2025. Penemuan kajian ini mendedahkan optimisme ekonomi yang kukuh dalam kalangan usahawan, dengan tiga daripada empat (74%) menjangkakan kesejahteraan ekonomi mereka akan bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan datang. Sebagai perbandingan, hanya separuh (48%) daripada golongan bukan usahawan yang berkongsi pandangan yang sama.
Tinjauan ini turut mengetengahkan tahap pemerkasaan ekonomi dan kesihatan yang jauh lebih tinggi dalam kalangan usahawan berbanding bukan usahawan di rantau ini. Ditakrifkan sebagai keupayaan untuk membuat keputusan termaklum yang dapat meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang (pemerkasaan kesihatan) dan meningkatkan kestabilan kewangan seseorang (pemerkasaan ekonomi), tahap pemerkasaan ini adalah 17 mata peratusan lebih tinggi dalam kalangan usahawan yang disoal selidik. Ini menonjolkan penghayatan kawalan lebih tinggi yang dimiliki oleh usahawan terhadap kesejahteraan kesihatan dan juga ekonomi mereka.
"Berlawanan dengan tanggapan umum bahawa keusahawanan sering dikaitkan dengan tekanan dan keletihan melampau, tinjauan ini menunjukkan bahawa usahawan melaporkan tahap optimisme, keyakinan dan pemerkasaan ekonomi yang lebih tinggi," kata Thomas Harms, Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife. "Dalam keadaan ekonomi semasa, ramai individu mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan. Herbalife komited untuk menyokong usaha ini dengan membantu orang ramai memperkukuh kesihatan dan kesejahteraan mereka dan dalam masa yang sama menawarkan peluang kepada mereka yang ingin membina perniagaan untuk diri mereka sendiri sebagai pengedar individu."
Dijalankan pada bulan Oktober, Tinjauan Pemerkasaan Kesihatan dan Ekonomi APAC 2025 menyoal selidik seramai 8,505 responden, termasuk 2,245 usahawan merentas 11 pasaran yang meliputi Australia, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, wilayah Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Usahawan menunjukkan keyakinan kukuh terhadap kesejahteraan ekonomi mereka
Di seluruh rantau ini, usahawan lebih cenderung melihat kesejahteraan ekonomi mereka secara positif. Sebanyak 43% usahawan menilai keadaan kesejahteraan ekonomi semasa mereka sebagai ‘sangat baik’, berbanding hanya 25% bukan usahawan yang berkongsi pandangan yang sama. Memandang ke hadapan, 74% usahawan menjangkakan kesejahteraan ekonomi mereka akan bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan datang, manakala kurang daripada separuh (48%) bukan usahawan berkongsi tahap keyakinan yang sama.
Usahawan turut menunjukkan tahap optimisme yang lebih tinggi dalam mencapai matlamat ekonomi mereka. Separuh daripada usahawan yang disoal selidik yakin bahawa mereka akan dapat mencapai matlamat ekonomi jangka pendek mereka dalam tempoh 12 bulan, 23 titik peratusan yang lebih tinggi berbanding bukan usahawan. Demikian juga halnya dengan 51% usahawan yang berasa yakin dapat mencapai matlamat ekonomi jangka panjang mereka dalam tempoh lima tahun, dengan 21 titik peratusan yang lebih tinggi berbanding mereka yang bukan usahawan.
Pemerkasaan ekonomi dan kesihatan yang lebih tinggi dalam kalangan usahawan APAC
Selain optimisme dan keyakinan terhadap kesejahteraan ekonomi semasa dan masa depan mereka, penemuan daripada kajian ini juga mendedahkan tahap pemerkasaan ekonomi dan kesihatan yang lebih tinggi dalam kalangan usahawan APAC. Hampir enam daripada 10 (59%) usahawan berkata mereka berasa diperkasakan untuk membuat keputusan bagi meningkatkan kestabilan kewangan dan kesejahteraan ekonomi mereka, iaitu 18 titik peratusan yang lebih tinggi berbanding 39% bukan usahawan yang berkongsi pandangan yang sama. Tahap pemerkasaan kesihatan juga lebih tinggi dalam kalangan usahawan, dengan 65% berasa diperkasakan berbanding 48% bukan usahawan.
Penghayatan pemerkasaan ini dapat menjelaskan mengapa usahawan melaporkan keyakinan yang lebih tinggi bagi mencapai matlamat kesihatan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang. Lebih separuh (56%) usahawan percaya mereka dapat mencapai objektif kesihatan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang, berbanding hanya 33% bukan usahawan yang berkongsi kepercayaan yang sama.
Hubungan kukuhantara pemerkasaan kesihatan dan ekonomi
Dapatan kajian ini turut menunjukkan hubungan yang jelas antara pemerkasaan kesihatan dan ekonomi.. Individu-individu yang berasa yakin dan berupaya untuk membuat keputusan yang dapat meningkatkan kesejahteraan ekonomi mereka lebih cenderung melaporkan tahap pemerkasaan kesihatan yang lebih tinggi seiring dengannya. Ini menunjukkan bahawa keyakinan dalam membuat pengurusan kewangan mungkin berjalan seiring dengan keyakinan dalam penjagaan kesihatan peribadi.
Dengan kawalan yang lebih baik terhadap penetapan matlamat, pengurusan masa dan sumber, serta pilihan gaya hidup dan kewangan yang lebih terancang, usahawan menikmati tahap pemerkasaan yang lebih mendalam dalam mencapai aspirasi mereka. Keupayaan ini membina keyakinan dan membawa kepada hasil yang lebih positif dari segi kesihatan dan ekonomi. Ia menjadi peringatan bahawa apabila individu mengambil peranan aktif dalam membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kesihatan, mereka berpotensi untuk mengubah bukan sahaja masa depan mereka, tetapi juga kehidupan secara keseluruhan.
Latar Belakang Herbalife Ltd.
Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan terulung yang mengubah kehidupan orang ramai melalui produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk bersandarkan sains kepada pengguna di lebih 90 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan secara individu dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif demi menjalani kehidupan yang terbaik.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4856155_MS56155_6
















