![]() |
LAS VEGAS, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Huion dengan gembiranya mengumumkan kehadirannya di CES 2026, Las Vegas bagi mempersembahkan siri paparan pen Kamvas Gen 3 dan juga dua produk baharu.
Pameran yang terkenal di dunia ini akan berlangsung sepanjang tiga hari mulai 6 Januari hingga 9 Januari. Jika anda berminat untuk hadir dan ingin memperoleh pengalaman secara langsung bersama paparan lukisan Huion, pastikan anda mengunjungi kami di reruai #21444.
Kenali Rangkaian Kamvas Gen 3
Sepanjang tahun lalu, Huion memfokuskan untuk mengembangkan barisan paparan Kamvas kepada generasi ketiganya. Siri paparan Kamvas ini membawakan teknologi PenTech 4.0 yang canggih daripada Huion, Canvas Glass beretsa-nano, pelbagai mod warna dan ketepatan warna yang tinggi, kesemuanya bertujuan untuk memberikan pengalaman profesional yang komprehensif untuk pengilustrasi, pereka dan studio bebas. Ciri-ciri dan teknologi-teknologi eksklusif yang terdapat pada barisan Gen 3 sudahpun disahkan dan mendapat pujian yang meluas dalam komuniti kreatif.
Pada masa ini, rangkaian Gen 3 merangkumkan Kamvas Pro 19 dan Kamvas Pro 27, kedua-duanya dikeluarkan pada awal tahun 2024, selain Kamvas 13 (Gen 3), Kamvas 16 (Gen 3), dan Kamvas Pro 24 (Gen 3) dan Kamvas Pro 27 (144Hz) yang dilancarkan baru-baru ini.
Edisi Pro menyokong sentuhan jari untuk kegunaan intuitif yang menjadikannya mudah untuk golongan artis profesional. Sebaliknya, edisi standard, seperti Kamvas 13 (Gen 3) dan Kamvas 16 (Gen 3) direka untuk artis tahap pertengahan, pelajar seni serta pemilik perniagaan kecil-kecilan yang menawarkan harga berpatutan tanpa menjejaskan prestasi.
Pendedahan Produk Baharu
Dapatkan gambaran sepintas lalu terhadap produk-produk Huion yang akan datang! Huion akan mengeluarkan dua item baharu dalam beberapa bulan akan datang: paparan lukisan Gen 3 22-inci dan tablet Android 2K 12-inci. Paparan pen ini dijangka akan menjadi alternatif yang berpatutan untuk artis komputer meja, manakala tablet pula akan membawakan PenTech 4.0 dan kaca AG+AF bagi memberikan pengalaman pen-atas-kertas yang asli dan visual yang amat jelas meskipun pada peranti mudah alih. Produk-produk ini sungguh berbaloi dinantikan!
Huion akan mempamerkan semua peranti ini di CES 2026. Kunjungi reruai kami untuk mencuba tablet-tablet ini! Untuk butiran lanjut mengenai paparan ini, ikuti akaun Instagram kami @huiontablet atau kunjungi laman web rasmi Huion di huion.com.
Latar Belakang Huion
Huion ialah penginovasi dan pengilang yang terkemuka dalam industri ini bagi tablet pen, paparan pen dan tablet kendiri yang berkualiti tinggi dan berkesan kos, direka untuk artis serta pereka digital di serata dunia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4853701_MS53701_6

















