![]() |
Sorotan:
- Snapdragon® X2 Plus mentransformasikan setiap klik dan setiap detik untuk pengguna profesional moden, pencipta, serta pengguna harian, dengan menawarkan kelajuan, hayat bateri berbilang hari dan ciri AI terbina.
- Tambahan terbaru dalam platform Siri Snapdragon X adalah untuk memperluas akses kepada prestasi termaju serta pengalaman premium yang diharapkan oleh pengguna dan perniagaan
- Snapdragon X2 Plus memanfaatkan kuasa CPU 3rd Gen Qualcomm Oryon™ dan NPU 80 TOPS, dengan peranti terpilih daripada OEM terkemuka yang tersedia untuk dibeli pada separuh pertama 2026.
LAS VEGAS, 6 Januari 2026 /PRNewswire/ — Bertempat di CES, Qualcomm Technologies, Inc. mengumumkan platform Snapdragon X2 Plus, kemasukan terbaru bagi Snapdragon X Series. Platform ini bakal mentransformasikan setiap klik dan detik untuk pengguna profesional moden, pencipta, serta pengguna harian yangi ni mencari peranti yang pantas, responsif, dan mudah alih dengan hayat bateri berbilang hari. Menerusi pelancaran Snapdragon X2 Plus, Qualcomm Technologies memperluas kuasa Windows 11 Copilot+ PC pada Snapdragon X Series dengan peranti terpilih daripada OEM terkemuka yang tersedia untuk dibeli pada separuh pertama 2026.
Pengguna tetapkan rentak. Snapdragon X2 Plus tetapkan standard.
Pengguna profesional moden, pencipta dan pengguna harian mengharapkan PC mereka dapat mengikut rentak mereka. Dari keupayaan kelajuan hinggalah hayat bateri selama berhari-hari serta ciri-ciri AI terbina. Direka untuk melangkaui keperluan tersebut, Snapdragon X2 Plus menawarkan prestasi sepantas kilat dan pelbagai tugas yang lancar dalam PC Windows 11 Copilot+ yang anggun dan mudah alih. Pengguna boleh beralih daripada analisis data yang intensif kepada reka bentuk kreatif atau panggilan video tanpa sebarang kompromi.
Dengan cara inilah Snapdragon X2 Plus menetapkan standardnya. CPU 3rd Gen Qualcomm Oryon™ memberikan prestasi teras-tunggal CPU sehingga 35% lebih pantas berbanding generasi terdahulu dan dalam masa yang sama menggunakan kuasa 43% kurang berbanding generasi sebelumnya. NPU Qualcomm® Hexagon™ bersepadu memberikan prestasi AI 80 TOPS untuk pengalaman agentik generasi akan datang dan multitugas yang lancar. Dengan sambungan yang hebat melalui Wi-Fi 7, 5G pilihan dan keselamatan termaju daripada Snapdragon® Guardian, pengguna boleh sentiasa terhubung di mana-mana sahaja dan melaksanakan tugas dengan lancar.
"Pengguna profesional dan pencipta moden ingin melaku pelbagai tugas, mencipta lebih banyak, meneroka had AI generatif serta prestasi sepanjang hari. Platform Snapdragon X2 Plus memberikan kuasa, kecekapan dan kecerdasan untuk mengatasi cita-cita mereka, lalu menjadikan setiap pengalaman lebih responsif dan peribadi," kata Kedar Kondap, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar pengkomputeran dan permainan di Qualcomm Technologies, Inc.
Untuk aset akhbar dan maklumat lanjut mengenai Snapdragon X2 Plus, sila rujuk siaran akhbar kami di sini.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855426_MS55426_6















