fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan timbau lori tanah tidak diturunkan sebelum merempuh lampu isyarat di Pekan Nenas, Johor, baru-baru ini.

[VIDEO] Lupa turun ‘bucket’, lori tanah rempuh lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kecuaian pemandu sebuah lori tanah yang tidak menurunkan timbau sekali gus merempuh tiang lampu isyarat di simpang empat, Pekan Nenas, Johor, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pengguna jalan raya menjerit kepada pemandu lori tersebut sebelum tiang lampu isyarat tersangkut pada muatan itu.

“‘Bucket’ (timbau) kau naik itu. Aku dah cakap bucket kau naik, kau pergi hentam juga. Kau nampak apa? Dia turunkan (timbau) pula, terus tertarik sekali lampu isyarat sekali.

“Teruk dia tarik lampu isyarat ini. Sekarang, macam mana aku nak lalu sini,” katanya.

Video berdurasi 1 minit 15 saat itu turut memaparkan deretan kenderaan membunyikan hon dan teragak-agak untuk memotong kenderaan berat itu.

Menjengah ke ruang komen, ramai meluahkan kebimbangan dengan situasi tersebut selain membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Lain kali kalau tak pandai bawa lori, jangan bawa. Sama juga kalau tak pandai masak, jangan nak cuba-cuba berjual di bazaar ramadhan,” komen Ridwan.

“Dah nak raya, lori pun nak beraya jugak. Nak singgah kedai malas pulak nak turun. Nampak lampu tergantung apa lagi tarik sahajalah,” komen Mierul Iedham.

“Kadang-kadang dah berumur sangat pun tak boleh bawak lori juga. Banyak sangat yang difikirkan. Pelupa pun ada juga,” komen Mohd Khushairy. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI