PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ibu bapa akan mendapat Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.
Beliau berkata, ibu bapa perlu menuntut bantuan tersebut di sekolah masing-masing.
“RM150 tiap pelajar, kita tambah dulu sehingga tingkatan lima, sekarang sehingga tingkatan enam,” katanya.
Anwar berkata demikian pada perutusan tahun baharu 2026 yang disiarkan secara langsung di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














