fbpx
Skuad KTRW yang mengharungi kempen musim ini bebas daripada sebarang isu tunggakan gaji.

Kelantan TRW bebas isu tunggakan gaji – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan Kelantan The Real Warriors (KTRW) bebas daripada sebarang isu tunggakan gaji bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 setakat ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pengelola liga kebangsaan itu, isu tunggakan gaji melibatkan KTRW yang dilaporkan sebelum ini membabitkan musim 2024/2025.

“Kes tunggakan gaji pemain KTRW adalah bagi musim lepas dan kelab sudah diarahkan oleh First Instance Body (FIB), Financial Fair Play (FFP) pada 14 November 2025 untuk menyerahkan bukti pembayaran atau pelan pembayaran sebelum atau pada 31 Disember 2025,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, MFL turut memberi amaran kepada pengurusan PDRM FC yang mempunyai kes tunggakan gaji bagi musim ini, supaya menyerahkan dokumen FFP secepat mungkin.

“Sebarang keputusan berhubung kes tunggakan gaji membabitkan KTRW dan PDRM FC akan dibincangkan dalam mesyuarat FFP FIB tidak lama lagi,” katanya.

MFL turut menegaskan pihaknya bekerjasama dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dalam pelaksanaan FFP bagi memastikan isu tunggakan gaji diuruskan secara telus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI