fbpx
RICE meledak dua gol ketika membantu kemenangan Arsenal ketika menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality awal pagi semalam. - AFP

EPL: Rice bantu kukuhkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOURNEMOUTH – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila mengakui Declan Rice merupakan salah seorang pemain tengah terbaik di dunia.

Rice yang dibeli dari West Ham United pada 2023 muncul antara tonggak penting The Gunners sejak beberapa musim lalu termasuk membantu kemenangan pasukan itu dengan meledak dua gol ketika menewaskan Bournemouth 3-2 awal pagi semalam.

Arsenal terlebih dahulu bolos hasil jaringan Evanilson sebelum Gabriel Magalhaes menebus kesilapan membenarkan gol pendahuluan Bournemouth untuk menyamakan kedudukan dan Rice meledak dua gol sebelum tuan rumah cuba merapatkan jurang menerusi Junior Kroupi.

“Pada saya, kami memiliki salah seorang pemain tengah terbaik di dunia, Declan telah memberikan nilai tambah dalam setiap perlawanan untuk Arsenal.

“Saya tidak tahu di mana perkembangannya akan terhenti kerana dia sentiasa menjadi semakin baik dalam setiap perlawanan. Kami benar-benar bertuah kerana memiliki pemain sepertinya,” katanya.

Sementara itu, Arteta juga memuji sikap Magalhaes yang berjaya bangkit daripada kesilapan untuk membenarkan gol pertama Bournemouth apabila meledak gol penyamaan sekali gus membuktikan kekuatan mental dimiliki.

“Saya gembira hari ini, ia seperti satu lagi langkah ke depan untuk pasukan ini dari aspek personaliti individu dan persembahan keseluruhan pasukan. Magalhaes melakukan kesilapan, tetapi dia sedar mengenai peluang untuk menebusnya semula,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI