fbpx
LIYANA melakukan rawatan kulit wajah agar tampil lebih cantik dan segar.

‘Nak mancungkan hidung, buat ‘jawline’, nantikan transformasi saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penat wajah sering dikritik netizen mendorong pelakon Liyana Jasmay mengutamakan penjagaan kecantikan dan melakukan rawatan muka.

Menurut Liyana, 38, komen yang mengatakan wajahnya kelihatan letih dan tidak segar menjadi faktor utama dia mengambil keputusan untuk melakukan perubahan demi meningkatkan keyakinan diri.

“Nak cantik memang kena buat rawatan muka.

“Kalau tak orang asyik cakap mata kuyu, muka tak segar, nampak penat, kulit kusam dan gelap.

“Jadi tahun 2026, kita buat saja muka kita!,” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon filem Papadom itu berkongsi perancangannya untuk melakukan beberapa rawatan estetik bagi memperbaiki penampilan wajah.

“Nak mancungkan hidung, buang ‘lines’ (garisan) dekat leher, buat ‘jawline’ (garis rahang).

“Saya nak jadi ‘wowzer’ tahun 2026. Nantikan wajah saya selepas transformasi,” ujarnya.

Sebelum ini, Liyana pernah menerima kecaman selepas memuat naik video tanpa mengenakan solekan sehingga ada pihak menyamakan penampilannya dengan pembantu rumah.

Selain itu, terdapat juga segelintir netizen mengkritik matanya yang kelihatan redup sehingga menimbulkan tanggapan tidak berasas, termasuk dakwaan kononnya dia mengambil bahan terlarang dan terlalu letih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI