fbpx
Tangkap layar suasana orang ramai di Bukit Bintang sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 malam tadi dikongsikan Khalid.

[VIDEO] Macam semut, lautan manusia di Bukit Bintang sambut tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan di Bukit Bintang malam tadi bagaikan lautan manusia apabila ribuan orang ramai membanjiri kawasan itu bagi menyambut detik pergantian tahun 2025 ke 2026 di ibu negara.

Menerusi rakaman dikongsikan pengguna Threads, Khalid, suasana di sepanjang Jalan Bukit Bintang hingga ke Pavilion Kuala Lumpur sesak luar biasa dengan orang ramai termasuk pelancong asing.

“Sambutan Tahun Baharu 2026 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sampah mesti banyak gila,” katanya.

Rakaman itu turut mendapat lebih 1,800 perkongsian selepas ia dimuat naik 16 jam lalu.

“Rupanya macam semut, ramai betul manusia di Bukit Bintang malam tadi,” kata Mohd Amir.

“Masya-Allah tak pernah tengok ramai macam ini berbanding tahun lepas. Tapi malam tadi saya sambut Tahun Baharu 2026 dekat Sunway Pyramid,” kata Adak Abdullah.

“Kawasan Bukit Bintang ramai pelancong asing, warga asing, bila bercampur dengan rakyat kita memang lautan manusia la kawasan situ. Memang agak padat, tapi nampak cantik dalam promosikan keindahan bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur,” kata Rahman. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN