![]() |
Teknologi dwi "terma + membran" mendahului penyelesaian rawatan air mesra alam, menetapkan penanda aras global untuk pelaksanaan projek
SHANGHAI, 31 Disember 2025 /PRNewswire/ — Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) kini berada di tempat ke-5 di peringkat global bagi kapasiti projek-projek penyahgaraman air laut yang baru dibina dari tahun 2024 hingga 2025, satu lonjakan empat anak tangga daripada kedudukan sebelumnya menurut statistik yang dikeluarkan baru-baru ini oleh International Desalination and Reuse Association (IDRA) dan Global Water Intelligence (GWI).
Dari segi kapasiti projek kumulatif sepanjang 10 tahun yang lalu (2016-2025), Shanghai Electric berada di tempat ke-8 di peringkat global, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya. IDRA ialah sebuah pertubuhan bukan untung bertaraf global yang menghubungkan komuniti penyahgaraman dan penggunaan semula air sejak tahun 1973 dan GWI pula ialah penyedia perisikan pasaran yang terkemuka untuk sektor air global sejak 20 tahun yang lalu.
Seorang jurucakap Shanghai Electric mengaitkan kedudukan yang lebih baik ini dengan sokongan antarabangsa yang padu terhadap kepakaran penyahgaraman dan pelaksanaan projek Shanghai Electric, seterusnya mengetengahkan bahawa pencapaian ini dibina berdasarkan pembangunan khusus selama lebih 10 tahun dalam teknologi berasaskan terma dan juga membran. Pada masa akan datang, Shanghai Electric tetap komited untuk menyediakan penyelesaian penyahgaraman mesra alam, berprestasi tinggi dan berkesan kos bagi menangani cabaran kekurangan air global.
Shanghai Electric berperanan sebagai salah satu daripada beberapa perusahaan global yang menguasai dua teknologi penyahgaraman teras yang utama: penyulingan berbilang kesan (MED) berasaskan terma dan osmosis songsang (RO) berasaskan membran yang menyediakan penyelesaian dwiteknologi yang lengkap. Kepakaran penyahgaraman air lautnya kini melangkaui bekalan air kendiri dan mengupayakan aplikasi industri terpelbagai.
Dengan mengintegrasikan pemulihan haba sisa dan penggunaan sumber secara inovatif, syarikat ini dapat menyediakan penyelesaian penyahgaraman yang komprehensif, cekap tenaga dan dengan hasil yang tinggi. Sistem tersuai ini dapat memastikan bekalan air tawar berkualiti tinggi yang stabil untuk industri-industri pinggir laut yang kritikal seperti penjanaan kuasa, keluli dan pembuatan bahan kimia.
Selama bertahun-tahun, Shanghai Electric diiktiraf di peringkat global atas keandalan teknikal, keupayaan pelaksanaan projek dan juga kehadiran jenama bertaraf antarabangsa. Peningkatan kedudukan yang ketara ini disokong oleh penyelesaian teknologi kumpulan ini yang komprehensif dalam seluruh spektrum penyahgaraman dan rekod prestasi terbukti dalam menyerahkan projek-projek utama dengan jayanya di dalam dan luar negara:
- Projek petrokimia Hengyi PMB di Brunei merupakan projek penanda aras dengan kapasiti 3×12,500 tan sehari dan ia mengguna pakai teknologi penyulingan berbilang kesan suhu rendah (LT-MED) gabungan pertama di dunia dan teknologi penyejatan kilat air panas serta memiliki hak harta intelek bebas sepenuhnya.
- Projek Penyahgaraman Haba-Sisa Zhejiang Petroleum & Chemical Co., Ltd. sebagai projek EPC penyahgaraman terma terbesar yang dijalankan oleh Shanghai Electric di China mempunyai kapasiti gabungan sebanyak 305,000 tan sehari dalam fasa pertama dan keduanya, menggunakan teknologi penyulingan berbilang kesan ke hadapan (F-MED) yang dikuasakan oleh haba sisa industri.
- Projek Penyahgaraman Hibrid Membran-Terma Petrokimia Yulong di Yantai, dengan kapasiti 160,000 tan sehari, menggunakan teknologi hibrid F-MED-RO baharu yang mengintegrasikan proses terma dan membran. Dengan memanfaatkan pendekatan "penggunaan terlata" untuk menebus guna dan menggunakan haba sisa industri suhu rendah, ia mencapai pengeluaran air yang mesra alam, rendah karbon dan cekap sumber. Ia merupakan projek penyahgaraman air laut hibrid membran-terma yang terbesar di dunia.
Memandang ke hadapan, Shanghai Electric akan terus memanfaatkan portfolio teknologinya yang komprehensif dan pengalaman projek global yang luas bagi menyediakan penyelesaian air lestari yang lebih hijau, lebih menjimatkan dan lebih andal untuk pelanggan di seluruh dunia. Kumpulan ini tetap berdedikasi untuk menangani cabaran global berkaitan kekurangan air, selain tekal menyumbang "kebijaksanaan Cina" dan juga "penyelesaian Shanghai Electric".
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854692_MS54692_6
















