fbpx

CGTN: Agenda domestik Inside China: Keutamaan penting daripada pemeriksaan dan mesyuarat Xi pada tahun 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING, 31 Disember 2025 /PRNewswire/ — CGTN menerbitkan sebuah artikel mengenai keutamaan domestik China pada tahun 2025. Artikel ini mengetengahkan lawatan pemeriksaan dan juga mesyuarat yang dihadiri oleh Presiden Xi Jinping yang menekankan pemodenan berpusatkan rakyat, pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi, perlindungan warisan budaya, perpaduan etnik dan reformasi serta keterbukaan yang semakin mendalam bagi memperlihatkan sejauh mana China meningkatkan mata pencarian dan memajukan agenda pemodenannya.

Dengan tahun 2025 melabuhkan tirainya, China berada pada saat genting dalam perjalanan pemodenannya – babak Rancangan Lima-Tahun ke-14 berakhir dan babak Rancangan Lima-Tahun ke-15 pula dijangka akan bermula. Daripada kilang dan makmal penyelidikan hinggalah masyarakat setempat dan mercu tanda budaya, pemeriksaan dan mesyuarat pusat yang dihadiri oleh Presiden Xi Jinping pada tahun ini menggambarkan sejauh mana China mengemudi tadbir urus domestik dan merancang fasa pemodenannya yang seterusnya.

Pemodenan berpusatkan rakyat

"Sebuah kehidupan yang bahagia untuk setiap keluarga dan masa yang ceria untuk warga emas dan kanak-kanak dikatakan sebagai dunia yang indah," kata Xi semasa pemeriksaan dalam bulan Januari di Wilayah Liaoning, lantas menonjolkan satu prinsip teras: pemodenan pada akhirnya melibatkan hal yang dapat menambah baik kehidupan rakyat.

Dalam menempuh cuaca sejuk, Xi mengembara selama hampir sejam sepanjang jalan pergunungan untuk melawat keluarga yang terkesan akibat banjir di Kampung Zhuangjiagou. "Saya benar-benar bimbangkan keadaan anda dan sebab itu saya datang berjumpa anda sebelum Festival Musim Bunga," katanya kepada penduduk. "Rakyat sentiasa boleh bergantung pada Parti dan kerajaan semasa detik-detik yang paling sukar dan kami akan membantu mereka mengatasi kesukaran dan membina semula rumah mereka."

Sepanjang lawatan pemeriksaannya pada tahun 2025, Xi berulang kali mengetengahkan mengenai mata pencarian rakyat, bermula daripada keterjaminan makanan, penggiatan semula luar bandar dan guna tenaga hinggalah perumahan, perkhidmatan awam serta kesejahteraan ekologi. Apabila bencana melanda – gempa bumi berukuran 6.8-magnitud di Daerah Dingri, tanah runtuh di Daerah Junlian, Sichuan dan cegar gunung di Daerah Yuzhong, Gansu – beliau mengeluarkan arahan segera, mengkoordinasikan usaha menyelamat sepenuhnya bagi menyelamatkan nyawa dan meminimumkan angka korban.

Membimbing pembentukan Rancangan Lima-Tahun ke-15, Xi turut menekankan bahawa mendengar suara rakyat dan mengumpulkan kebijaksanaan awam merupakan aspek yang penting dalam membina kesepakatan demi pemodenan yang dapat menambah baik kehidupan seharian.

Pembangunan berkualiti tinggi sebagai sokongan

"Menjadi hal yang amat penting untuk menangani ketidakpastian perubahan yang drastik dalam persekitaran luaran dengan kepastian pembangunan negara yang berkualiti tinggi." Xi menyampaikan pesanan ini dalam bulan April di mesyuarat Politburo bagi menegaskan kepentingan pengukuhan ekonomi sebenar, penaiktarafan industri serta kemajuan teknologi.

Dalam bulan April, Xi memeriksa inkubator AI di Shanghai, hanya beberapa hari selepas mempengerusikan sesi kajian berkumpulan oleh biro politik mengenai kecerdasan buatan, lantas menegaskan nilai pengintegrasian inovasi AI dengan pembangunan industri.

Xi sudah lama melihat ekonomi sebenar – bahagian yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan – sebagai asas bagi ekonomi negara China. Dalam bulan Julai, bertempat di Yangquan Valve Company di Wilayah Shanxi, beliau mengulangi sekali lagi bahawa ekonomi sebenar, terutamanya industri-industri tradisional, tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya ditransformasikan dan dinaik taraf melalui inovasi teknologi.

Memperkukuh asas budaya

"Khazanah budaya Cina haruslah dilindungi dan diwarisi dengan baik dan budaya di sebaliknya mesti didorong sebaiknya." Xi menyuarakan seruan ini semasa mengadakan pemeriksaan pada bulan Mei di Henan dan menggambarkan bahawa budaya merupakan tonggak kekuatan negara.

Semasa lawatan pada bulan Oktober ke Muzium Istana di Beijing, beliau berkata peninggalan budaya "menjadi milik rakyat dan harus memenuhi keperluan rakyat" serta menggesa perlindungan, pemulihan dan penggunaan yang inovatif untuk menjadikan warisan sebagai sumber pendidikan dan juga jendela untuk dunia memahami China.

Sejarah revolusioner juga menjadi tumpuan utama kepada asas budaya ini. Xi melawat beberapa tapak revolusioner pada tahun ini yang menekankan kepentingan menceritakan kisah mengenai Perang Penentangan Rakyat China Terhadap Pencerobohan Jepun dan mewariskan semangatnya.

Semasa sambutan penting yang menyaksikan ulang tahun penubuhan ke-60 Wilayah Autonomi Xizang dan penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang ke-70, Xi mengetuai perwakilan pusat, selain memperkukuh perpaduan etnik dan memajukan pembinaan sebuah komuniti demi negara China.

Tanggal 3 September, menjelang berlangsungnya perarakan tentera pada Hari Kemenangan di Tiananmen Square, Presiden Xi mengisytiharkan bahawa: "Rejuvenasi besar negara China tidak dapat dihentikan," menegaskan bahawa perjuangan mencapai keamanan dan pembangunan demi umat manusia akhirnya akan berjaya.

Membuka perbatasan baharu melalui reformasi dan keterbukaan

"Kita semestinya akan melakar kemajuan baharu dalam reformasi dan pembangunan selagi mana kita memantapkan keyakinan kita, berdepan terus dengan masalah dan halangan serta menangani risiko dan cabaran tanpa teragak-agak," Xi mengulangi sekali lagi pada tahun 2025, membingkaikan reformasi dan keterbukaan sebagai penyelesaian utama untuk menerobos hambatan pembangunan, menyokong perusahaan swasta dan memajukan pasaran negara berpadu.

Semasa bertemu wakil-wakil perniagaan global, Xi mengulangi sekali lagi bahawa pintu keterbukaan China akan terus dibuka dengan lebih luas, dengan dasar yang konsisten untuk pelaburan asing.

Semasa sidang pleno kali keempat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China ke-20, rangka tindakan untuk Rancangan Lima-Tahun ke-15 dibentuk di bawah kepimpinan Xi. Tatkala tahun 2025 melabuhkan tirainya, China bersiap siaga untuk memasuki babak baharu, menterjemahkan visi kepada tindakan dengan keutamaan yang jelas dan laluan yang mantap dalam menuju pemodenan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik: 

https://news.cgtn.com/news/2025-12-30/Live-Chinese-President-Xi-Jinping-delivers-2026-New-Year-Address-1JwmtzZkcsU/p.html

https://news.cgtn.com/news/2025-12-30/Inside-China-s-domestic-agenda-Key-priorities-in-2025-1JwoKjSgzQs/p.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855009_MS55009_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI