fbpx
Poster dimuat naik di Facebook Anwar.

PMX seru rakyat bersatu, jayakan agenda Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melangkah ke tahun baharu 2026 dengan semangat kebersamaan yang utuh serta tekad yang jitu demi memperkukuh perpaduan nasional dan memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, usaha memperkukuh perpaduan serta memaknai reformasi secara berterusan merupakan asas penting dalam membina negara yang adil, makmur dan berdaya tahan.

Anwar berkata, Kerajaan Madani akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat.

“Kerajaan akan beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran bagi menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2026 hari ini.

Beliau turut mengajak seluruh rakyat agar bergerak sederap dan menyatukan langkah serta tekad dalam menjayakan aspirasi Malaysia Madani.

Menurut Anwar, perpaduan dan kesepakatan rakyat menjadi kunci utama untuk mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif.

“Marilah kita bersama-sama memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Dalam perutusan itu, Anwar turut menzahirkan harapan agar tahun 2026 menjadi tahun yang lebih cemerlang dan bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, turut mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI