fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan kesesakan sekitar Bukit Bintang dan Pavilion yang dikongsi pengguna di aplikasi Threads.

[VIDEO] Bukit Bintang, Pavilion ‘jem’, jalan tutup untuk sambutan tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar Bukit Bintang dilaporkan sesak sejak petang tadi ekoran penutupan jalan bagi sambutan Visit Malaysia 2026 Countdown Festival malam ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, kesesakan itu dilaporkan sejak pukul 2 petang lagi.

“Bukit Bintang dan sekitar Pavilion dah mula jem (sesak) ya kawan-kawan. Ada penutupan jalan di sekitar kawasan itu bermula pukul 5 petang sehingga pukul 2 pagi.

“Penutupan jalan ini akan berlaku secara ‘on off’ bermula 1 hingga 3 Januari untuk Visit Malaysia 2026 Countdown,”tulis Sheira_515.

Kata individu itu, bagi mereka yang tiada urusan di sekitar kawasan berkenaan elakkan mengunjungi kawasan tersebut.

“Jangan nak cari penyakit, elakkan kawasan ini, terima kasih,”nasihatnya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen.

“Awal eh dah jemmmm,”tulis @deena_rzl.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @

“Oo patutlah tadi order ehailing pun lain macam spike (tolak),”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN