fbpx

SANY Mulakan Operasi di Pangkalan Pembuatan Semula Jentera Kejuruteraan Pertamanya di Hainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DONGFANG, China, 31 Disember 2025 /PRNewswire/ — SANY Group memulakan secara rasmi operasi pangkalan pembuatan semula jentera kejuruteraan global pertamanya, Taman Industri Pembuatan Pintar Hunan-Hainan SANY ("Taman") pada 23 Disember di Bandar Raya Dongfang, Wilayah Hainan. Acara ini menyaksikan suatu pencapaian penting dalam strategi globalisasi serta kelestarian SANY dan pada hari pembukaan, kumpulan ini memperoleh pesanan bernilai CNY100 juta (USD14.27 juta) dari Asia Tenggara dan Afrika.

SANY Launches First Global Engineering Machinery Remanufacturing Base in Hainan
SANY Launches First Global Engineering Machinery Remanufacturing Base in Hainan

Taman ini merupakan taman industri pertama China yang dibina secara bersama oleh zon perdagangan bebas rintis (FTZ) serta pelabuhan perdagangan bebas rintis dan ia membawa pembangunan penghubungan rentas wilayah Hunan dan Hainan selangkah lebih maju dengan memanfaatkan kelebihan industri dan dasar masing-masing di kedua-dua wilayah bagi menyokong syarikat-syarikat Cina dalam memperluas jejak global mereka.

Taman ini, yang memulakan kerja-kerja pembinaan pada Ogos 2023, meliputi kawasan seluas 150 mu (kira-kira 10 hektar). Dengan jumlah pelaburan sebanyak CNY600 juta (USD85.62 juta), ia dijangka akan mencapai nilai output tahunan sebanyak kira-kira CNY750 juta (USD107.02 juta) sebaik sahaja beroperasi pada kapasiti penuh.

Mendapat kedudukan yang strategik sebagai pusat pembuatan semula serantau dan platform pengagihan sumber yang memenuhi keperluan pasaran domestik dan juga antarabangsa, Taman ini memfokuskan pada penyelenggaraan dan pembuatan semula komponen jentera kejuruteraan teras dan peralatan terpakai daripada pasaran domestik serta antarabangsa, seterusnya menggalakkan penggunaan semula sumber industri secara kitaran.

Di samping itu, di bawah kerangka FTZ Hainan, aktiviti-aktiviti pemprosesan nilai tambah yang layak berhak mendapat keutamaan tarif, manakala operasi pembuatan semula boleh dijalankan di bawah penyeliaan terikat dan mungkin layak untuk mendapat insentif cukai pendapatan korporat dan peribadi. Taman ini mendapat manfaat daripada dasar insentif cukai "Dual 15%" dan mendapat kelulusan untuk proses penyumberluaran bagi menikmati pengurangan cukai pendapatan korporat sebanyak 15%.

"Projek ini merupakan satu inisiatif strategik yang utama untuk SANY memperdalam globalisasi, pendigitalan dan transformasi rendah karbonnya. Melangkah ke hadapan, SANY akan terus meneroka model-model baharu secara aktif bagi tujuan pembuatan semula, selain menggalakkan penggunaan semula sumber industri secara kitaran dan bersama-sama memajukan peralihan industri jentera kejuruteraan global menuju ke arah masa depan yang lebih hijau dan rendah karbon," kata Tang Xiuguo, Pengerusi SANY.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854663_MS54663_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI