fbpx
TANGKAP layar video tular kes pergaduhan di Lukut Port Dickson sehingga menyebabkan empat mangsa cedera termasuk kanak-kanak.

4 mangsa cedera, 9 lelaki ditahan kes gaduh di Lukut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seramai sembilan lelaki ditahan berhubung kes pergaduhan di Lukut, Port Dickson yang menyebabkan empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak cedera pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan di sekitar Port Dickson sejak hari pertama kejadian sehingga semalam.

Alzafny berkata, dua suspek pertama ditahan dalam masa 24 jam selepas kejadian, diikuti penahanan seorang lagi suspek berhampiran lokasi kejadian pada keesokan harinya.

“Hari berikutnya, seramai enam suspek termasuk suspek utama diberkas, manakala seorang lagi suspek masih diburu bagi membantu siasatan.

“Sebahagian suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Jelasnya, empat mangsa cedera dalam kejadian itu dengan seorang lelaki dilaporkan parah akibat diserang. Seorang kanak-kanak yang merupakan anak salah seorang mangsa turut cedera dan dirawat di hospital. Keadaannya dilaporkan stabil.

Kesemua mangsa bukan daripada satu keluarga, namun saling mengenali dan berada berhampiran lokasi kejadian untuk makan. Setakat ini motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN