fbpx
Azmin

Mohamed Azmin letak jawatan Setiausaha Agung PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN itu bermula 1 Januari 2026.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin mengumumkan peletakan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuatkuasa tarikh yang sama.

‘Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI