fbpx
Gambar hiasan

Pegawai kanan Tentera Darat masuk ICU, tidak hadir keterangan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pegawai kanan Tentera Darat (TD) dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sekali gus menyebabkan beliau gagal memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semalam.

Sumber berkata, pegawai berkenaan masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangannya.

“Setakat ini, SPRM merakam keterangan lima pemilik syarikat, dan jumlah keseluruhan saksi yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut adalah seramai 10 orang,” katanya.

Menurut sumber, siasatan kini memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan TD, yang kini disiasat sebagai suspek kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat dipercayai terlibat dalam pemberian wang rasuah yang dijalankan secara berperingkat.

Sabtu lalu, SPRM menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan di kediaman rasmi suspek bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

Beberapa barangan bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan telah disita SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN