fbpx
MAHREZ menyempurnakan sepakan penalti ketika Algeria berdepan cabaran sengit Burkina Faso sebelum mengesahkan kemaraan. - AFP

AFCON: Algeria terselamat hadapi kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Algeria dianggap bernasib baik selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Burkina Faso pada aksi Kumpulan E saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 di Stadium Moulay Hassan awal pagi semalam.

Jaringan tunggal Riyad Mahrez menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 memastikan tiga mata penting menjadi milik Desert Warriors, seterusnya membawa pasukan itu ke pusingan kalah mati.

Jurulatih Algeria, Vladimir Petkovic mengakui terkejut dengan aksi dipamerkan Burkina Faso sepanjang perlawanan tersebut selain turut memuji kegigihan serta semangat kental dipamerkan barisan pemainya.

“Semua pemain menunjukkan aksi berkualiti tinggi selain tidak mudah mengaku kalah. Kami berdepan aksi cukup sukar hari ini (semalam) tetapi saya lega kerana ia dapat diharungi dengan cemerlang.

“Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi agak mengecewakan kerana tidak memanfaatkannya. Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah kami menang dan berjaya mara ke pusingan kalah mati,” katanya.

Bekas jurulatih Switzerland itu turut mengingatkan barisan pemainnya supaya kekal fokus meskipun sudah melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik memandangkan sasaran mereka adalah untuk membawa pulang trofi kejuaraan.

“Kami datang adalah untuk memenangi gelaran, jadi semua pemain tidak boleh lupa matlamat tersebut. Sekarang kami perlu lebih fokus kerana perlawanan selepas ini pastinya lebih sukar,” ujar Petkovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN