fbpx

Otis Tingkatkan Pengalaman Penumpang di Armani Hallson KLCC Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
  • Penyelesaian mobiliti vertikal Otis akan memperkasakan kediaman mewah baharu di pusat bandar Kuala Lumpur
  • Otis akan membekalkan 26 unit lif SkyRise® yang canggih

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Disember 2025 /PRNewswire/ — Otis berkolaborasi dengan syarikat pembinaan Vestland di Malaysia untuk pemasangan lif SkyRise® terkini, Sistem Pengurusan Destinasi Compass® 360 dan penyelesaian IoT Otis ONE®, dengan skrin pintar eView™ bagi tujuan pembangunan kediaman mewah Armani Hallson KLCC di pusat bandar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Otis Worldwide Corporation (NYSE: OTIS) ialah syarikat pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator yang terkemuka di dunia.

Armani Hallson KLCC
Armani Hallson KLCC

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Armani Group development, melalui kolaborasi bersama Vestland, pemaju projek bagi membawakan teknologi canggih dan reka bentuk inovatif kami kepada Armani Hallson KLCC. Otis berbangga dapat membawakan pengalaman mobiliti vertikal yang pintar, moden dan cekap untuk penghuni dan juga pelawat," kata Nicolas Lopez, Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan, Otis Asia Tenggara.

Bagaimanakah Otis memperkasakan pengangkutan vertikal di Armani Hallson KLCC?

  • Bangunan ini terdapat tiga menara. Dua menara SOVO setinggi 80 tingkat mempunyai 18 lif SkyRise® berkelajuan tinggi yang bergerak sehingga 7 meter sesaat, 9 lif di setiap menara. Menara ketiga, iaitu menara SOHO, mencapai 70 tingkat dan mempunyai 8 lif SkyRise berkelajuan tinggi yang bergerak sehingga 6 meter sesaat.
  • Otis akan memberikan pengalaman penumpang yang luar biasa dan masa perjalanan yang dioptimumkan dengan sistem pengurusan destinasi pintar Compass® 360 yang mencapai penyesuaian secara dinamik dengan corak penggunaan penumpang di dalam bangunan – dan boleh membawa penumpang ke destinasi mereka sehingga 50 peratus lebih pantas berbanding sistem konvensional.
  • Lif-lif ini akan membawakan teknologi Otis ONE® dengan skrin paparan dalam-kereta eView™ yang menyampaikan maklumat pada masa nyata dan pengalaman penumpang yang dipertingkat, di samping turut menghubungkan penumpang melalui panggilan suara atau video ke pusat mesra pelanggan OTISLINE™ sekiranya berlaku kecemasan.
  • Setiap lif mempunyai pemacu ReGen™ yang menyimpan tenaga yang biasanya dibazirkan sebagai haba dan mengembalikannya ke bangunan untuk digunakan sebagai kuasa. Ia mengurangkan penggunaan tenaga berbanding sistem konvensional tanpa teknologi regeneratif.

Latar Belakang Otis

Otis memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berhubung dan berkembang maju dalam dunia yang lebih tinggi, lebih pantas dan lebih pintar. Peneraju global dalam pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator, kami menggerakkan 2.4 bilion orang sehari dan menyelenggara kira-kira 2.4 juta unit pelanggan di seluruh dunia – portfolio Servis terbesar dalam industri ini. Anda akan dapat menemui kami dalam struktur yang paling ikonik di dunia serta bangunan kediaman dan komersial, hab pengangkutan dan di mana-mana sahaja orang ramai bergerak. Beribu pejabat di Connecticut, AS, Otis mempunyai 72,000 pekerja yang mantap, termasuk 44,000 ahli profesional lapangan, kesemuanya komited terhadap pembuatan, pemasangan dan penyelenggaraan produk bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan penumpang kami di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.otis.com dan ikuti kami di LinkedInYouTubeInstagram dan Facebook @OtisElevatorCo.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4847322_MS47322_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI