fbpx
Pemeriksaan di lokasi serbuan menjumpai dadah disyaki heroin seberat 16.24 gram dan 7.91 gram syabu di dalam sebuah beg kecil yang ditemui berhampiran lubang saluran air di lantai bilik air hotel berkenaan.

Bakal pengantin diberkas edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan diberkas polis selepas dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Masjid Tanah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 tadi, pasangan terbabit yang ditahan berusia 21 dan 18 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat orang awam, serbuan telah dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Katanya, pemeriksaan di lokasi menjumpai dadah disyaki heroin seberat 16.24 gram dan 7.91 gram syabu di dalam sebuah beg kecil yang ditemui berhampiran lubang saluran air di lantai bilik air hotel berkenaan.

“Kita percaya, suspek lelaki berusia 21 tahun terbabit cuba membuang dadah ke dalam lubang saluran air di lantai apabila dia menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Hasil siasatan awal, suspek dan teman wanitanya berusia 18 tahun menjadikan hotel berkenaan sebagai tempat untuk membungkus dadah sebelum dijual di kawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil soal siasat pasangan itu turut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan.

“Hasil saringan ujian air kencing juga mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis syabu manakala teman wanitanya negatif.

“Suspek lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki syabu, Seksyen 39B akta sama kerana memiliki heroin dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah.

“Pihak polis sedang memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah reman ke atas pasangan kekasih itu hari ini,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI