fbpx
ELIAS melaungkan keyakinan untuk menewaskan Fahri dalam dua pusingan pada pertarungan Fury Redemption malam esok.

Elias sedia tumbangkan Fahri dalam dua pusingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Petarung muay thai negara, Muhammad Elias Ghazali Zulfikar tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk menumbangkan jaguh Indonesia, Fahri Alamsyah pada saingan Fury Redemption malam esok.

Pada aksi yang akan berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak itu, Elias menegaskan, dia sedia memberikan segala-galanya bagi terus mengekalkan prestasi cemerlang musim ini.

Katanya, dia sudah bersiap sedia untuk menghadapi pertarungan itu, lebih-lebih lagi baru sahaja mengharungi pertarungan terbaharu dua minggu lalu pada Kejohanan Muay Thai Wilayah Pahlawan Antarabangsa.

“Esok saya hanya akan keluarkan gaya pertarungan sendiri kerana dalam muay thai kita tidak boleh jangka. Saya hanya mahu dapatkan suasana pada pertarungan esok dan akan cuba knockout (KO) dalam pusingan kedua atau ketiga.

“Saya rasa prestasi saya tahun ini bagus dan sudah bertarung lebih 10 kali. Kebanyakan pertarungan itu saya menang dan perancangan seterusnya adalah untuk bertarung lebih banyak,” katanya pada sesi timbang berat di sini, hari ini.

Pada masa sama, abang kepada jaguh ONE Championship negara, Muhammad Johan Ghazali itu turut menjelaskan, tahap fizikalnya berada pada tahap terbaik kerana dipantau jurulatih kecergasan.

“Untuk latihan kali ini, memang saya berikan penekanan kepada kekuatan dan kecergasan. Saya ada jurulatih yang memantau latihan saya di gimnasium, jadi tidak ada masalah dari segi fizikal,” ujar Elias. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN