fbpx
Tangkap layar memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan bermain air dari pili singki dapur.

‘Baru tiga hari cuti sekolah…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang menjadikan pili singki dapur sebagai ‘kolam mandi’ mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @eiqqaiqqa, kelihatan kanak-kanak berkenaan bermandi dengan gembira menggunakan air dari pili bahagian dapur sehingga menyebabkan ruang dapur basah.

“Baru tiga hari cuti sekolah, anak kedua punya perangai. Cuti dari playschool (taman asuhan) buln ni sudah buat onar di rumah. Dua hari lepas dia masukkan skru dalam hidung kakak dia yang umur lima tahun. Yang kakak pun ikut saja arahan dia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat spontan kanak-kanak berkenaan.

“Adik, akak pun anak nombor dua juga, tapi…” komen Fara Nazri.

“Seronok betul dia tengok air mengalir dan basahkan diri. Maaf ibu, kuat betul kesabaran awak ya. Harap besar nanti sudah tidak begini,” seloroh Edward.

“Bersabar saja lah kak. Anak nombor dua ni memang akal dia panjang, bijak pandai,” kata Wana Asri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN