LONDON – Liverpool dilaporkan sudah pun mengemukakan tawaran kepada Borussia Dortmund untuk cuba mendapatkan khidmat Karim Adeyemi bagi mengisi slot ditinggalkan Alexander Isak yang kini dipalit kecederaan.
Berdasarkan laporan, The Reds sedia untuk membuat bayaran bernilai £35 juta (RM191 juta) bagi menyaingi Manchester United yang turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Adeyemi.
Adeyemi yang menghasilkan enam gol dan tiga bantuan jaringan dalam 22 perlawanan bersama Dortmund sudah pun dikaitkan bakal berhijrah ke Liga Perdana Inggeris
Laporan di Sepanyol menyebut, tawaran yang sudah dikemukakan oleh Liverpool dianggarkan bernilai €20 juta (RM95.3 juta) namun dikatakan kejutan yang dibuat The Reds itu sudah pun ditolak oleh Dortmund.
Dortmund berkemungkinan hanya akan melepaskan khidmat pemain berusia 23 tahun itu sekiranya ada tawaran bersesuaian memandangkan kontraknya masih berbaki sehingga 2027.
Usaha memperkukuhkan jentera serangan menjadi keutamaan Liverpool selepas pengurus pasukan, Arne Slot dihimpit masalah prestasi pemain hingga mencetuskan kenyataan pedas daripada bintang sensasinya, Mohamed Salah.
Dalam laporan berasingan, Liverpool juga dikaitkan mahu mendapatkan Alexander Sorloth daripada Atletico Madrid yang ketika ini dikatakan mahu melepaskan khidmat penyerang itu. – AGENSI














