fbpx
Dua mangsa melecur ketika cuba memadamkan kebakaran sebuah bot di Teluk Kumbar, hari ini.

2 lelaki melecur, bot terbakar ketika pasang bateri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua lelaki dilaporkan mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran melibatkan sebuah bot yang sedang diselenggara di Jalan Pasir Belanda, Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.58 tengah hari tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dengan bantuan BBP Bayan Baru.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, bot yang sudah lama parkir di darat terbakar semasa proses memasang bateri. Berlaku percikan api dan menyambar lebihan minyak yang berada berdekatan.

“Anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran berlaku adalah sebanyak 50 peratus. Terdapat dua mangsa lelaki yang merupakan pekerja dilaporkan mengalami kecederaan melecur ketika cuba membuat pemadaman awal.

“Mangsa telah dibawa ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN