fbpx
Rus’sele

Speaker DUN Perlis tunggu jika ada tindakan terhadap wakil rakyat Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan menghantar surat pemakluman kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu hadapan sementara menunggu sebarang kemungkinan yang ada.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan berkata, beliau mengambil sedikit masa untuk meneliti perkara yang sepatutnya terlebih dahulu berhubung kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kata beliau, pihaknya juga akan memohon supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) dipertimbangkan memandangkan jumlah kerusi DUN Perlis adalah kecil iaitu hanya 15 kerusi dan dengan tiga kekosongan, situasinya menjadi kritikal.
“Walau bagaimanapun, saya masih menunggu satu keputusan berhubung tindakan yang mungkin diambil atau tidak diambil oleh Bersatu terhadap lima wakil rakyat mereka yang didakwa melanggar perjanjian pemuafakatan antara Bersatu dan Pas.

“Ini adalah perkara penting yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya berlaku situasi PRK di tiga kerusi itu dan pada masa sama tindakan juga diambil terhadap lima ADUN Bersatu, maka lebih banyak kekosongan akan berlaku.

Ia sekali gus menjadikan keadaan tidak stabil serta menimbulkan suasana pentadbiran yang tidak harmoni di Perlis tanpa mengira siapa pun yang dilantik mengetuai kerajaan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN