fbpx
FERRARI mengakui tidak memberikan fokus yang terlalu besar untuk mencabar gelaran musim lalu demi fokus untuk musim 2026. - AFP

F1: Sengaja ‘lepaskan’ musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANELLO – Pasukan Ferrari mendedahkan keputusan ‘mengorbankan’ perlumbaan Formula Satu (F1) 2025 dibuat untuk memastikan persiapan lebih rapi menghadapi peraturan baharu bagi musim 2026.

Prinsipal pasukan, Frederic Vasseur berkata, keputusan menghentikan pembangunan jentera seawal April lalu dibuat secara terbuka dan mendapat persetujuan penuh daripada kedua-dua pemandu utama pasukan, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc.

Menurut Vasseur, permulaan musim yang mengecewakan termasuk insiden pembatalan dua jentera di Grand Prix China, selain dominasi awal oleh McLaren, memaksa Ferrari membuat keputusan realistik.

“Kami kehilangan banyak mata di China dan agak awal sedar jurang dengan pesaing terlalu besar. Menerusi dominasi McLaren, kami tahu musim 2025 akan menjadi sangat sukar.

“Atas sebab itu, sekitar akhir April kami membuat keputusan untuk beralih fokus kepada 2026. Saya akui ia bukan keputusan mudah, tetapi perlu dilakukan,” kata Vasseur.

Susulan keputusan berkenaan, Ferrari tidak lagi membawa sebarang naik taraf aerodinamik bagi baki musim 2025 dan hanya melaksanakan pakej minimum yang telah dirancang lebih awal.

“Ia memang keputusan yang berat dari sudut psikologi, tetapi kami terpaksa menerimanya. Yang penting, kedua-dua pemandu memahami hala tuju pasukan dan komited sepenuhnya dengan perancangan jangka panjang,” jelas Vasseur.

Mengulas persiapan ke arah musim 2026, Vasseur memaklumkan jadual kerja di Maranello akan diawalkan kira-kira 10 hari, termasuk persiapan menghadapi ujian pra-musim persendirian di Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN