fbpx
(Dari kiri) Saad, Fakhrul Anwar dan Mohd Ridzuan.

Tiga ADUN Pas gugur keahlian diminta pulang aset kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas negeri yang digugurkan daripada jawatan tersebut diminta segera memulangkan aset kerajaan negeri yang digunakan mereka.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan berkata, ketiga-tiga ADUN itu iaitu Saad Seman (Pas-Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Pas-Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji).

“Pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengeluarkan notis kepada ADUN yangbterkibat untuk memulangkan semula aset yang digunakan mereka sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN bagi memenuhi kehendak Fasal (1)(a)(ii) dan Perkars 50A Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN