fbpx
Ronald Ngah meraikan jaringan yang dilakukan ke atas KL City, sebentar tadi. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

Liga Super: KL City diikat The Cats, NSFC ‘garang’ di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) terlepas peluang untuk kembali merampas posisi No. 2 Liga Super selepas terikat seri 1-1 ketika bertemu Kuching City dalam aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The City Boys dilihat terdesak untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas rekod tanpa kalah lebur apabila tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), minggu lalu.

Namun, tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan apabila penyerang The Cats, Ronald Ngah Wanja menanduk masuk gol pertama pasukan pada minit ke-31 menerusi sepakan penjuru yang diambil oleh Ramadan Saifullah.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The City Boys memperkemaskan jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol menarik pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, KL City mencipta rentetan peluang tetapi gagal menembusi benteng kebal pasukan pesawat.

Malah, KL City sepatutnya dihadiahkan penalti selepas Safawi dijatuhkan pada penghujung saingan tetapi tidak diberikan oleh pengadil dengan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Jovan Motika (kiri) antara pemain import yang menyerlah buat NSFC ketika menewaskan Kelantan TRW.

Sementara itu, di Sultan Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan Negeri Sembilan FC (NSFC) kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors dengan keputusan 2-0 hasil penyudah berganda Luqman Hakim.

Bagi perlawanan di Stadium Hang Jebat pula, pasukan Melaka FC terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Imigresen FC menerusi jaringan Eduardo Sosa dan Joao Pedro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN