fbpx
Adzli (tengah) menunjukkan lokasi penemuan barang kes curi pada sidang akhbar di IPK Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Pak mentua, menantu kaki ragut sasar wanita dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis berjaya menahan seorang lelaki bersama menantunya sekali gus menyelesaikan beberapa kes ragut yang aktif di sekitar daerah Kota Setar, sejak tiga bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis pada 19 Disember lalu kira-kira pukul 11 malam membabitkan seorang penuntut wanita warga Tanzania yang menjadi mangsa ragut suspek ketika berjalan kaki di hadapan Masjid Albukhary, di sini.

“Mangsa didatangi seorang lelaki menaiki motosikal sebelum beg miliknya diragut. Bertindak atas laporan itu, polis menyerbu sebuah rumah di  Lorong Air Putih pada 20 Disember pukul 2.30 pagi dan berjaya menahan lelaki berusia 46 tahun bersama menantunya berusia 23 tahun,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan curi kabel.

“Pak mentua mempunyai 12 kes jenayah yang kebanyakannya adalah curi kabel. Peranan lelaki ini melupuskan barang yang diragut oleh menantunya itu.

“Pengakuan mereka melakukan lima kes samun ragut, dua (pecah rumah) dan satu (curi motosikal) di sekitar Kota Setar,” ujarnya.

Tambahnya, polis turut merampas sebuah motosikal yang digunakan dalam semua kes ragut, selain beberapa barangan milik mangsa termasuk sebuah motosikal Modenas Kriss, dua telefon bimbit, sebuah tablet serta dua jam tangan jenama Rolex dan Seiko yang dikenal pasti oleh mangsa.

“Modus operandi suspek adalah menyasarkan wanita yang berjalan kaki sebelum meragut beg mangsa dan melarikan wang tunai serta barangan berharga, manakala barangan lain dibuang ke Sungai Kedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI