fbpx
KEADAAN rumah yang dimasuki perompak di Bang Pakong. - Foto Khaosod

Perompak mati rempuh pintu kaca rumah diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu kejadian pecah rumah di Chachoengsao, Thailand berakhir dengan kematian hari ini apabila suspek maut akibat cedera parah ketika cuba melarikan diri, lapor portal berita Thaiger.

Insiden berlaku di sebuah rumah teres tiga tingkat di daerah Bang Pakong, ketika  pemilik berada di dalam kediaman bersama anak perempuan dan cucu perempuannya yang  berumur setahun.

Mereka terdengar bunyi mencurigakan dari tingkat bawah.

Menyedari sesuatu tidak kena, mereka segera menghubungi polis yang segera tiba di lokasi kejadian.

Beberapa ketika kemudian, mereka terdengar bunyi dentuman kuat yang dipercayai berlaku ketika suspek melarikan diri dengan memecahkan  pintu kaca atau tingkap.

Setibanya di lokasi, polis mendapati terdapat kesan pecah masuk dengan wayar dan barangan berharga bertaburan di tingkat pertama. 

Kesan darah ditemui di kediaman tersebut dan laluan yang digunakan suspek untuk melarikan diri.

Jejak darah membawa polis menemui seorang lelaki, yang dipercayai penceroboh rebah di hadapan sebuah rumah lain.

Polis masih meneruskan siasatan kes itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI