fbpx
Kamarul Hairee (tengah) didakwa menerima rasuah RM3,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Anggota APMM didakwa terima rasuah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM3,000 tiga tahun lalu.

Tertuduh, Kamarul Hairie Elias, 47, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan, Kamarul Hairie didakwa menerima wang RM3,000 secara pindahan dalam talian daripada pemilik syarikat LGH Maju Trading melalui orang tengah sedangkan lelaki berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.
Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah bank di Setiu pada 6 Oktober 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mahkamah membenarkan Kamarul Hairie dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Permohonan pihak pendakwaan supaya sebutan semula kes itu dibuat di Mahkamah Sesyen Alor Setar turut dibenarkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam Rahamathullah Baharudeen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI