fbpx
Gambar hiasan

Hujan berterusan di timur Semenanjung Jumaat hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan berterusan dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula Jumaat hingga Ahad ini (26 hingga 28 Disember).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, ia susulan analisis terhadap model-model cuaca terkini menunjukkan luruan monsun diramal berlaku dalam tempoh 25 hingga 29 Disember.

Pada masa sama menurutnya, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Kemungkinan untuk hujan lebat berterusan berpotensi berlaku pada 26 hingga 28 Disember.

“Orang awam diminta untuk berjaga-jaga, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang mudah terkena banjir melibatkan negeri Terengganu, Pahang dan Johor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu beliau menjelaskan, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Bagaimanapun, kami masih melakukan pemantauan bagi sebarang kemungkinan memandangkan setakat ni jangkaan hujan tidak terlalu banyak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN