![]() |
Innovation Partnership Award mengetengahkan kolaborasi mendalam, perkongsian kecerdasan masa nyata dan pelaksanaan keselamatan lanjutan merentas salah satu platform perdagangan kewangan yang terkemuka di Australia
SYDNEY, 22 Disember 2025 /PRNewswire/ — Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), peneraju keselamatan siber global, mengumumkan pada hari ini bahawa Vantage Markets diberi penghormatan menerusi Innovation Partnership Award yang mengiktiraf pendekatan perintis organisasi ini dalam memperkukuh kebingkasan siber dan kolaborasinya yang strategik bersama Trend Micro.
Kumpulan syarikat Vantage Markets beroperasi di lebih 30 pejabat global, manakala Vantage Markets diiktiraf sebagai salah satu platform perdagangan berbilang aset yang terkemuka di dunia. Tumpuannya ke atas keandalan, kelajuan dan pengalaman pengguna menjadikannya platform perdagangan nombor satu di Australia dan nombor dua di peringkat global. Dalam menghadapi pertumbuhan pesat dan landskap ancaman global yang semakin kompleks, organisasi ini melabur dengan banyak bagi mewujudkan asas keselamatan siber bersepadu dan dipacu kecerdasan.
Sejak tahun 2021, Vantage Markets dan Trend Micro membina perkongsian yang erat. Melalui kolaborasi ini, Vantage Markets meningkatkan keupayaan keselamatannya menjadi fungsi global, memanfaatkan kecerdasan ancaman masa nyata dan kebolehlihatan berpadu dalam seluruh persekitaran kritikal.
Eric Cheng, Ketua Keselamatan Siber dan Maklumat, Vantage Markets: "Keselamatan menyokong setiap aspek pengalaman perdagangan yang kami bawakan. Menjalin kerjasama dengan Trend Micro membolehkan kami mematangkan operasi keselamatan kami jauh lebih pantas daripada yang kami boleh lakukan sendirian. Keupayaan untuk menghubungkaitkan awan, beban kerja dan telemetri identiti pada satu tempat pada dasarnya mengubah cara kami mengesan dan bertindak balas kepada ancaman di seluruh jejak global kami. Pengiktirafan ini menggambarkan komitmen kami untuk terus-menerus meningkatkan standard kebingkasan, bukan sahaja untuk organisasi kami sendiri, tetapi untuk ekosistem perkhidmatan kewangan yang lebih luas."
Vantage Markets memasang atur rangkaian penyelesaian Trend Micro yang komprehensif pada Vision One AI-Powered Enterprise Cybersecurity Platform, termasuk, Trend Vision One™ Cyber Risk Exposure Management (CREM), Trend Vision One™ XDR for Endpoints, Trend Vision One™ Endpoint Security, Trend Vision One™ Cloud Security dan juga Trend Service One™. Pendekatan bersepadu ini menyampaikan kebolehlihatan yang dipertingkat merentasi awan, pengguna dan aplikasi; pengesanan dan tindak balas yang lebih pantas; dan pengalaman keselamatan yang konsisten merentas kehadiran globalnya yang berkembang pesat.
Melengkapi asas teknologi ini, pasukan keselamatan Vantage memegang pensijilan yang diiktiraf di peringkat global, termasuk CISSP, CCSP, CISM, CRISC, CRT, OSCP, CDPSE dan CISA, serta mempunyai pengalaman luas dalam seni bina keselamatan gred bank dan operasi pasukan merah global. Kepakaran ini memastikan akaun dan aset pengguna dilindungi oleh pasukan profesional berkelayakan tinggi yang memiliki keupayaan terbukti.
Inovasi didorong oleh pemahaman dan kecerdasan bersama
Faktor utama yang diiktiraf oleh anugerah ini ialah sumbangan Vantage Markets yang berterusan kepada komuniti keselamatan siber yang lebih luas. Organisasi ini kerap berkongsi aspek kecerdasan mengenai pelaku ancaman baru muncul, mengambil bahagian dalam pratinjau produk persendirian dan memberikan maklum balas yang memaklumkan secara langsung evolusi platform Trend Micro.
Model kolaboratif ini memperkukuh keupayaan kedua-dua organisasi, seterusnya mengupayakan Trend Micro untuk memperhalusi teknologi pengesanan dan tindak balas ancaman sekali gus memperkasakan Vantage Markets dengan kesedaran situasi yang lebih mendalam serta konteks ancaman pada masa nyata.
Memperkukuh kebingkasan siber merentas perkhidmatan kewangan
Institusi-institusi kewangan di peringkat global terus berdepan dengan ancaman siber yang semakin sofistikated dan bergerak pantas. Bagi Vantage Markets, keupayaan untuk menyatukan telemetri, mengautomasikan pengenalpastian risiko dan mempercepat aliran kerja penyiasatan menjadi tumpuan kepada transformasi keselamatannya.
Platform Trend Vision One™ memainkan peranan asas dalam menyampaikan hasil ini, mendayakan perlindungan yang lebih bersepadu merentas infrastruktur awan, beban kerja, identiti dan aktiviti pengguna.
Srujan Talakokkula, Pengarah Urusan, Trend Micro Commercial ANZ: "Vantage Markets ialah contoh utama berkenaan apa yang mungkin berlaku apabila organisasi-organisasi menganggap keselamatan siber sebagai pengupaya strategik. Kadar penerimagunaan, kesediaan untuk berkolaborasi dan sumbangan kepada kecerdasan ancaman mempengaruhi secara langsung cara kami mengembangkan platform kami. Dengan menyatukan ciri kebolehlihatan dan mengautomasikan aliran kerja keselamatan bernilai tinggi, mereka membina model yang bingkas dan boleh skala yang menetapkan penanda aras untuk organisasi-organisasi perkhidmatan kewangan di seluruh rantau ini. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan mereka dan teruja dengan apa yang akan muncul selanjutnya."
Memandang ke hadapan
Pengiktirafan ini menyaksikan satu pencapaian penting dalam perkongsian Trend Micro dan Vantage Markets yang berterusan, seterusnya memperteguh komitmen bersama mereka untuk meningkatkan kesediaan keselamatan siber dalam seluruh sektor perkhidmatan kewangan.
Tatkala Vantage Markets terus memperluas kehadiran globalnya, organisasi ini komited untuk memperkukuh keselamatan gred kewangan untuk jangka masa panjang. Ia akan memanfaatkan selanjutnya platform dikuasakan AI daripada Trend Micro untuk memajukan visi keselamatannya, meningkatkan pematuhan, memperkukuh perlindungan awan dan memastikan pengalaman yang lebih selamat untuk pelanggan di seluruh dunia.
Latar Belakang Trend Micro
Trend Micro, peneraju bagi keselamatan siber global, membantu menjadikan dunia selamat untuk bertukar-tukar maklumat digital antara orang ramai, kerajaan serta perusahaan. Trend memanfaatkan kepakaran keselamatan dan AI untuk melindungi lebih daripada 500,000 perusahaan dan berjuta-juta individu merentas awan, rangkaian, titik akhir dan peranti di seluruh dunia. Aspek terasnya ialah Trend Vision One™, satu-satunya platform keselamatan siber perusahaan dikuasakan AI yang memusatkan operasi pengurusan pendedahan dan keselamatan risiko siber, memberikan perlindungan berlapis merentas persekitaran di premis, hibrid dan berbilang awan. Kecerdasan ancaman tiada tandingan yang disampaikan oleh Trend memperkasakan organisasi-organisasi untuk mencapai pertahanan secara proaktif daripada ratusan juta ancaman setiap hari. Keselamatan proaktif bermula di sini. www.TrendMicro.com.au.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO : CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan terhadap apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4852215_MS52215_6















