PETALING JAYA – Masih belum terlambat lagi buat mereka yang menyambut Krismas Khamis ini untuk buat pilihan bersama keluarga menjamu selera bersama di beberapa hotel terkemuka di ibu kota.
Pastinya trend menyambut perayaan krismas dengan berkumpul bersama untuk makan malam menjadi acara utama dan hotel adalah destinasi pilihan buat warga kota masa kini.
Rambang mata untuk memilih pakej buffet yang bersesuaian agar semua ahli keluarga dan orang tersayang dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman yang diminatinya daripada pembuka selera hinggalah kepada pemanis mulut.
Kenangan bersama itu pastinya membawa memori terindah untuk disimpan dalam diari 2025 dan pastinya pilihan terbaik perlu dibuat untuk memastikan semua ahli keluarga berasa puas hati dan gembira menyambut perayaan berkenaan.

Di Hilton Kuala Lumpur (Hilton KL), para tetamunya akan menikmati pengalaman menikmati kulinari mewah di beberapa restorannya seperti Vasco’s, Chynna, Iketeru, Graze, dan Oro yang menawarkan hidangan antarabangsa serta tempatan.
Tarikan utamanya adalah roasted beef prime rib, venison panggang, kaki kambing, dan ayam jumbo yang menjanjikan sesuatu untuk semua.
Selain itu, tetamu juga boleh menikmati jamuan malam krismas eve dengan hidangan makanan laut premium di atas ais, stesen langsung, dan pencuci mulut istimewa.
Keriangan berterusan dengan jamuan gala malam tahun baru dan jamuan tengah hari tahun baru yang mana ia masing-masing menawarkan hidangan penuh rasa dalam gaya Hilton yang sebenar.

Selain itu, Hilton Petaling Jaya pula tampil dengan The Season to Savor Hilton di restoran ikoniknya iaitu Paya Serai yang cukup terkenal dalam kalangan pengunjung hotel yang sudah berusia lebih 30 tahun itu.
Di Paya Serai, tetamu dihidangkan dengan menu signature hotel yang terkenal dengan bufet meriah yang menggabungkan rasa tempatan yang digemari bersama hidangan antarabangsa.
Kempen Season to Savor tahun ini menampilkan siri pengalaman menjamu selera pada musim perayaan untuk mengeratkan hubungan keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja.
Selain itu, di InterContinental Kuala Lumpur, temanya pada tahun ini adalah Season of Golden Tidings iaitu satu sambutan sepanjang bulan yang dipenuhi dengan kegembiraan, kehangatan dan pertemuan bermakna.
Bufet perayaan di Serena Brasserie menanti pengunjung dengan pelbagai menu klasik, moden dan bercirikan tempatan yang dapat memenuhi selera daripada pelbagai peringkat umur.

Antara hidangan istimewanya adalah Slow Roasted Prime Rib, Salmon en Croute, makanan laut segar di atas ais, Yorkshire pudding serta pilihan pencuci mulut perayaan yang memikat selera.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, pilihan terbaik untuk bersama keluarga pada musim perayaan ini adalah di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City khususnya menikmati pelbagai menu di Makan Kitchen.
Antara menu yang dihidangkan kepada pengunjung adalah Australian Steamship Round with Rendang Rub, makanan laut segar dengan tempahan baru dimasak oleh cef berpengalaman, Whole Tuna Sashimi, Bûche de Noël Around the World, Nitrogen-Frozen Berries Tea Infusion with Milk Chocolate Soil dan Valrhona Chocolate Panettone.
Terdapat juga Classic Oversized Roast Chicken Chestnut Stuffing and Giblet Sauce, 18-Hour Braised Angus Brisket with Smoked Hickory Sauce, Stir-Fried Jumbo Freshwater Prawns, Tomyam Cured Scottish Salmon, Housemade Lebkuchen dan Panettone Sandwich with Ginger Gelato. -KOSMO! ONLINE














