fbpx
Mohd. Annuar (kanan) mencukur rambut bayi di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh semalam. - Foto IHSAN MAIPK

MAIPk komited pertahan, martabat adat Melayu Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Berzanji dan marhaban yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa Melayu terus dimartabatkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menerusi pertandingan dianjurkan di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, Pertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Perak yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu menjadi bukti pihaknya komited mengangkat dan memelihara adat Melayu

“Berzanji dan marhaban merupakan seni tradisi Islam yang popular di Perak, lazimnya dipersembahkan dalam majlis keagamaan seperti Maulid Nabi, akikah, menyambut kelahiran bayi, berkhatan, cukur jambul dan majlis perkahwinan.

“Majlis itu turut diserikan dengan acara cukur jambul dua orang bayi iaitu Uqail Daim Muhammad Uzair dan Muhammad Yassir Fairuz yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini dan isteri, Puan Sri Zavirah Shaari,” katanya di sini hari ini.

Syamsul Hazeman berkata, hadirin kemudiannya diraikan dengan edaran bunga telur sebagai simbol kesyukuran atas kelahiran kedua-dua bayi tersebut.

Beliau berkata, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat, khususnya belia dalam warisan budaya tersebut.

“Pada peringkat akhir pertandingan, seramai 16 orang belia daripada keseluruhan 67 peserta telah mengambil bahagian. Penglibatan ini merupakan satu permulaan positif yang menunjukkan minat golongan muda terhadap seni berzanji dan marhaban,” katanya.

Tempat pertama pertandingan itu dimenangi oleh Kumpulan Soutul Ikhwan dari Taiping yang membawa pulang RM5,000 dan piala, manakala tempat kedua dimiliki Kumpulan Soutul Aula (Taiping) yang memenangi RM3,000 serta piala.

Kumpulan Al-Iskandariyyah (Pengkalan Hulu) pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM2,000 dan piala, manakala lima pasukan memenangi tempat saguhati dengan masing-masing menerima RM1,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI