fbpx
Mohd. Fauzi (kiri) dan isterinya, Anis Azwanie melihat keadaan bayi mereka yang menghidap penyakit germ cell tumor ketika ditemui di Bandar Lahat Baru, Ipoh semalam.

Muka bengkak, mata kanan terjojol derita ‘germ cell tumor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Tiada impian yang lebih besar bagi seorang bapa melainkan mahu melihat bayinya, Firas Affan yang berusia 14 bulan kembali sihat selepas disahkan menghidap germ cell tumor di belakang mata.

Mohd. Fauzi Saad, 43, berkata, bayinya dikesan menghidap penyakit itu pada Oktober lalu selepas mata kanan anak bongsu daripada empat beradik tersebut seperti terjojol dan bengkak luar biasa pada muka.

“Firas kerap menangis mungkin sebab tidak selesa. Disebabkan itu, saya membawanya ke hospital.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan Firas menghidap germ cell tumor dengan ketumbuhan itu bermula dari belakang bebola mata,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Lahat Baru di sini semalam.

Katanya, melihat wajah anak­nya membengkak dengan ketumbuhan keluar dari hidung merupakan detik paling sukar dalam hidup sehingga menyebabkan dia hampir hilang semangat.

“Ketika itu mukanya teruk, matanya tidak dapat dibuka dan kemerah-merahan seperti hampir pecah. Alhamdulillah ketumbuhan itu ‘jatuh’ selepas Firas menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.

Pemandu lori itu berkata, kekangan kewangan menjadi cabaran buatnya kerana dia terpaksa mengambil banyak cuti untuk menghantar Firas menjalani ra­watan.

Ketika ini dia merupakan pe­nanggung tunggal keluarga kerana isterinya, Anis Azwanie Azmi, 29, hanya suri rumah.

“Pendapatan saya RM2,000 sebulan, jika kerap ambil cuti, gaji akan ditolak. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak membantu menghulurkan sumba­ngan,” katanya. Orang ramai yang ingin membantu meri­ngankan beban boleh menghubungi Mohd. Fauzi di talian 011-11983431.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN