fbpx

Xinhua Silk Road: Wilayah kepulauan Selatan China perkenal portal berbilang bahasa untuk perkhidmatan FTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING, 20 Disember 2025 /PRNewswire/ — Di Wilayah Hainan yang terletak di selatan China, sebuah portal global telahpun disediakan secara dalam talian untuk pelabuhan perdagangan bebas (FTP) mulai 15 Disember bagi memberikan maklumat mutakhir kepada perniagaan yang dibiayai pihak asing dan juga warga asing mengenai perkhidmatan dan berita bersepadu yang berkaitan.


Laman web berbilang bahasa ini, yang domainnya ialah en.hainan.gov.cn, menawarkan kandungan kepada warga asing dalam bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa Rusia dan bahasa Arab untuk memudahkan urusan perniagaan, kehidupan dan perjalanan mereka di pulau tropika itu.

Umumnya, portal perkhidmatan antarabangsa ini mempunyai tujuh bahagian utama yang dikenali sebagai "Hainan Dinamik", "Cara Berniaga" dan "Perkhidmatan Dalam Talian", serta 29 kategori sekunder yang merangkumkan pelbagai keperluan warga asing.

Dengan mengintegrasikan 29 sistem perniagaan dan laman web berkaitan warga asing di seluruh Hainan seperti platform perkhidmatan awam dalam talian tempatan "Haiyiban", portal ini berupaya membawakan tawaran berasaskan akses sehenti melibatkan 44 perkhidmatan dengan kekerapan tinggi dan 95 item individu.

Tawaran utama daripada portal perkhidmatan berbilang bahasa ini termasuk panduan dan titik capaian untuk pendaftaran perusahaan, temu janji perubatan, dasar bebas visa, permit kerja, panduan kawasan indah dan sebagainya.

Sebagai langkah untuk mencapai penyesuaian terhadap pengendalian FTP Hainan yang berkualiti tinggi, dengan operasi kastam khas seluruh pulau bermula pada hari Khamis, portal berbilang bahasa ini menjadi bukti komitmen teguh China dalam memperluas keterbukaan.

Pada masa akan datang, Hainan akan terus mengoptimumkan fungsi dan kandungan portal ini bagi meningkatkan kecekapan dan komunikasi antarabangsa, selain berusaha menghimpunkan lebih ramai bakat berkaliber tinggi dan membangunkan FTP yang menjadi kesukaan rakan-rakan asing untuk berhimpun, melabur dan menetap.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348877.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4851614_MS51614_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI