PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah serta Labuan sehingga pukul 5 petang.
Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Pahang ialah Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan manakala Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat di Selangor termasuk Kuala Lumpur turut terjejas.
“Ribut perit, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu sahaja.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang
“Amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah termasuk Labuan,” katanya. –KOSMO! ONLINE














