fbpx
GAMBAR fail lokasi kejadian Worrawan menyerang Potjanart. - Foto Facebook

Isteri bunuh ‘kekasih’ suami dijel 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita yang  menyerang wanita didakwa kekasih suaminya sehingga mati, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh sebuah mahkamah di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Tertuduh yang dikenali sebagai Worrawan, 28, juga diarahkan membayar pampasan 850,000 baht (RM110,000) kepada keluarga mangsa, mendiang Potjanart, 23.

 Kejadian berlaku di sebuah hotel ‘cinta’ di daerah Min Buri, Bangkok pada April lepas,

Worrawan pergi ke hotel tersebut bersama seorang rakan transgendernya. Dia yang sedang hamil kemudian menemui suaminya, Bas, 28, dalam keadaan tanpa seurat benang di atas katil bersama Potjanart.

Dia kemudian menyeret mangsa keluar dari bilik hotel, walaupun mangsa berada dalam keadaan tanpa pakaian dan menetaknya berulang kali.

Pekerja-pekerja hotel kemudian menghantar wanita yang cedera itu ke hospital, namun Potjanart disahkan meninggal dunia.

Siasatan polis mendedahkan bahawa Potjanart bukanlah kekasih lelaki itu tetapi bekerja sebagai penghibur majlis dan pergi ke hotel tersebut sebagai sebahagian daripada tugasan kerjanya.

Mahkamah kemudian memutuskan bahawa Worrawan dengan sengaja menyebabkan kematian mangsa tetapi dengan mengambil kira bahawa tindakannya dipengaruhi oleh perasaan cemburu dan tekanan emosi.

Menurut maklumat seorang peguam, Worrawan pada mulanya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun tetapi dikurangkan separuh menjadi empat tahun kerana mengaku salah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN