SEJAK menukar nama menjadi Sharifah Haneesya, dia kerap menjadi tumpuan ramai dalam media sosial. Terbaharu, video bersiap untuk ke sebuah acara hiburan meraih pujian ramai kerana penampilannya yang dikatakan cantik persis model antarabangsa, Tyra Banks.
Dalam video tersebut, Haneesya mendendangkan lagu If It’s Lovin That You Want milik Rihanna dan dikatakan cantik tanpa solekan.
“Ini Tyra Banks Malaysia ke? Macam Barbie pun ada, siapa cakap kulit sawo matang tak cantik! Makin cantik Haneesya sekarang,” puji netizen.














