PETALING JAYA – Penglibatan wanita di dalam arena sukan di Malaysia ketika ini amat menggalakkan, dan ramai diantara mereka memilih untuk menjadi atlet negara.
Malah, ramai atlet-atlet wanita negara berjaya di dalam arena sukan yang diceburi sehingga mengharukan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dalam masa yang sama, pelbagai pihak memainkan peranan bagi memperkasakan dan menggalakkan lebih ramai wanita di dalam arena sukan.
Grab Malaysia (Grab) antara pihak yang aktif untuk tujuan tersebut dan ia dapat dilihat dalam arena bola sepak wanita di Malaysia.
Sukan tersebut semakin mendapat momentum untuk terus berkembang melalui kerjasama rasmi Grab bersama bersama Liga Wanita Nasional (LWN).
Kerjasama itu juga merupakan komitmen jangka panjang Grab terhadap pemerkasaan ekonomi inklusif melalui inisiatif #SisBoleh, mereka kini memperluaskan sokongan untuk mengangkat suara serta pencapaian atlet wanita Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan LWN, Grab melancarkan sebuah mini podcast baharu yang menampilkan atlet-atlet wanita berpengaruh negara, ini sekali gus terus memperjuangkan pemerkasaan wanita dalam sukan.
Podcast ini dihoskan oleh pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu, dan beliau akan bersama atlet-atlet wanita negara seperti Datuk Pandelela Rinong yang merupakan ratu terjun negara, Syaidatul Afifah daripada sukan boling dan Aimi Iwasaki yang merupakan atlet wanita triathlon negara.
Siri mini podcast bertujuan mengetengahkan kisah-kisah inspirasi wira sukan negara kita kepada khalayak yang lebih luas.

Atlet-atlet yang tampil di dalam siri mini podcast tersebut berkongsi mengenai perjalanan peribadi, cabaran serta kejayaan sepanjang karier di dalam arena sukan yang mereka ceburi.
Dalam episod pertama podcast itu, Steffi bersama dengan Pandelela juga pemenang pingat Sukan Olimpik.
Di dalam episod ini, Pandelela berkongsi cerita tentang salah faham orang ramai terhadap sukan terjun, ritual rahsia yang sering beliau lakukan sebelum pertandingan bermula, apakah perubahan besar yang ingin dilakukan dan banyak lagi.
Beliau juga menitipkan pesan buat wanita di luar sana untuk jangan berputus asa dalam mengejar impian.
Dalam episod kedua, Steffi bersama dengan Aimi dan berbual tentang sukan triathlon.
Bagi acara triathlon, Aimi berkongsi cerita bahawa beliau perlu berlari sejauh 42 kilometer (km), berenang 3.8km dan berbasikal 180km.
Di dalam episod tersebut tersebut, beliau turut berkongsi tentang rutin yang dilakukan sebelum pertandingan, apa yang difikirkan sehari sebelum perlumbaan dan pelbagai lagi.
Beliau juga berkongsi tentang kepuasan dirinya di dalam sukan tersebut.
“Saya fikir yang dapat naik podium adalah satu kepuasan.
“Tetapi sebaliknya, kepuasan saya datang daripada bagaimana saya boleh menghadapi tekanan diluar waktu latihan,” katanya.
Pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsi oleh atlet-atlet wanita di dalam siri mini podcast yang boleh menjadi satu inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Siri mini podcast ini boleh ditonton di pautan ini Pandelela dan Aimi.
Malah, kisah para atlet yang berjaya mengatasi tekanan, halangan dan stereotaip ini mencerminkan ketabahan yang ditunjukkan oleh ramai wanita dalam ekosistem Grab yang lebih luas termasuk rakan pemandu dan rakan penghantar.
Ia sekaligus mengukuhkan lagi komitmen Grab dalam memperjuangkan wanita yang terus melangkah ke hadapan serta saling memperkasa antara satu sama lain.
Dalam pada itu, pada tahun ini juga Grab melaksanakan pelbagai inisiatif lain di bawah Grab #SisBoleh untuk memperkasakan wanita, ia termasuklah program Aisya Rahman x #SisBoleh Kuasai Kewangan.
Grab bekerjasama dengan jurulatih literasi kewangan bertauliah, Aisya Rahman untuk menganjurkan bengkel serta menghasilkan kandungan mini berkaitan literasi kewangan.
Selain itu, di bawah inisiatif tersebut Grab juga melaksanakan pogram #SisBoleh Untold Stories yang mengetengahkan kisah benar wanita yang merupakan rakan pemandu dan rakan penghantar Grab.
Di bawah program tersebut, ia memaparkan kisah-kisah Kak Ayu, Kak Eza dan lain-lain lagi yang ingin mencapai impian mereka bersama Grab. – KOSMO! ONLINE














