fbpx

COMAU PERLUAS PORTFOLIO ROBOTIK KOLABORATIF DENGAN RANGKAIAN KOBOT MYCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHANGHAI, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ — Comau terus memperluas portfolio robotik kolaboratifnya dengan MyCo, rangkaian baharu yang terdiri daripada enam robot kolaboratif yang direka untuk menyokong kolaborasi manusia-robot yang selamat, fleksibel dan cekap merentas pelbagai industri.

MyCo Family
MyCo Family

Rangkaian MyCo terdiri daripada enam model kobot ringan dengan kapasiti muatan bermula daripada 3 kg hingga 15 kg dan mencapai antara 590 mm dan 1300 mm. Direka untuk pemasangan pantas, pengaturcaraan intuitif dan pasang atur yang mudah, robot MyCo membantu pengilang memendekkan masa pendulu, mempermudah integrasi dan mencapai penyesuaian yang pantas dengan keperluan pengeluaran yang berubah-ubah. Menerusi perlindungan IP66 dan ciri-ciri keselamatan kolaboratif termaju, kobot ini memberikan prestasi andal biarpun dalam persekitaran industri yang mencabar.

Direkayasa untuk integrasi yang lancar ke dalam persekitaran pengeluaran yang dinamik, kobot MyCo benar-benar sesuai untuk aplikasi seperti penggudangan, intralogistik, pembungkusan, kimpalan arka dan pemasangan ringan. Reka bentuk ergonomiknya mendayakan kolaborasi antara manusia-robot yang erat, meningkatkan kesejahteraan pengendali dan dalam masa yang sama mengoptimumkan penggunaan ruang lantai dan keselamatan operasi.

MyCo menggambarkan pendekatan industri Comau terhadap automasi kolaboratif, menggabungkan pengetahuan aplikasi dan proses dengan alatan digital mesra pengguna. Pelanggan boleh memilih penyelesaian yang paling sesuai daripada portfolio robot industri dan kolaboratif Comau yang komprehensif, atau gabungan antara kedua-duanya, berdasarkan keperluan pengeluaran tertentu. Fleksibiliti ini ditingkatkan lagi oleh sistem visi canggih Comau, keupayaan IoT dan perkongsian strategik bersama rakan kongsi efektor akhir yang terkemuka.

"Menerusi pelancaran rangkaian robot MyCo, Comau mengambil satu lagi langkah konkrit dalam mempercepatkan strategi pempelbagaiannya," kata Stefania Ferrero, Ketua Pegawai Pemasaran di Comau. "Kami menganggarkan bahawa pasaran robotik kolaboratif global akan menyaksikan CAGR sebanyak 15% dari tahun 2024 hingga 2028. Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan yang semakin meningkat dalam sektor-sektor bukan tradisional seperti makanan & minuman, farmaseutikal, tenaga boleh baharu dan logistik, serta peningkatan penerimagunaan oleh perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. MyCo merupakan respons yang berkesan kos dan versatil terhadap arah aliran ini yang menawarkan penyelesaian yang sangat fleksibel, mesra pengguna dan boleh diangkut yang menyokong operasi yang selamat dan cekap dalam persekitaran yang dinamik."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi ciri-ciri produk.

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4849633_MS49633_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI