fbpx
Operasi perobohan pangkalan haram MCA di Rantau Panjang pada 28 Oktober lalu. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Tiada cubaan bina semula jeti haram di Sungai Golok lepas dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Tiada sebarang percubaan daripada penduduk atau sindiket penyeludupan untuk membina semula 25 jeti dan pangkalan haram di Sungai Golok yang sudah dirobohkan sejak hampir dua bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, situasi itu dikesan oleh pihak polis selepas menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan yang sebelum ini menjadi laluan kepada kegiatan jenayah rentas sempadan.

Katanya, sebanyak 25 buah pangkalan haram sudah dirobohkan sejak 28 Oktober lalu dalam usaha membanteras penyeludupan.

“Beberapa lokasi yang telah dirobohkan turut dipasang kawat berduri sebagai langkah pencegahan awal bagi menghalang sebarang cubaan membangunkan semula pangkalan haram berkenaan.

“Kita menyasarkan untuk merobohkan 20 lagi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok sehingga hujung bulan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff mengakui berlaku kebocoran maklumat mengenai operasi perobohan pangkalan haram yang dilakukan oleh pihaknya baru-baru ini.

Katanya, ia menyebabkan sindiket penyeludupan bertindak memindahkan jeti haram atau platform yang digunakan untuk jenayah rentas sempadan tersebut ke negara jiran.

“Saya tidak tahu bagaimana maklumat itu boleh bocor. Apabila tiba di pangkalan haram, kita dapati jeti atau platform tersebut telah dialihkan,” ujarnya.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI