fbpx
Gambar hiasan

‘Baik pakai, kalau degil kami saman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Topi keledar perlu menjadi peralatan yang wajib dipakai ibu bapa keti­ka membonceng anak-anak meskipun jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kurang dari 50 meter.

Ketua Polis Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pemakaian topi keledar adalah kewajiban kepada setiap penunggang motosikal untuk menjaga keselamatan selain mematuhi undang-undang.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai polis kerap ke sekolah di daerah ini untuk memberi kesedaran dan nasihat kepada pelajar supaya mematuhi peraturan lalu lintas ketika menunggang motosikal.

“Jauh atau dekat dengan rumah, ibu bapa dan pelajar wajib memakai topi keledar sekiranya menunggang motosikal ke sekolah.

“Alasan rumah dekat dengan sekolah tidak akan diterima sekiranya penunggang motosikal ditahan polis atas kesalahan tidak memakai helmet.

“Bagi pelajar yang menunggang motosikal tidak kira mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah, mereka perlu memakai topi keledar. Jika ditangkap, kita akan beri nasihat dahulu. Kalau masih degil, kita akan saman,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, polis sentiasa menjalankan operasi di kawasan sekolah di daerah ini bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

Menurutnya, lokasi gambar ibu bapa tidak memakai topi keledar di sebuah sekolah di sini seperti yang disiarkan oleh akhbar Kosmo! semalam juga merupakan antara kawasan operasi lalu lintas yang dijalankan oleh pihak polis.

“Kita akui ada penunggang motosikal terutamanya ibu bapa yang masih berdegil dengan tidak memakai topi keledar di kawasan sekolah tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN