KUANTAN – Laluan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Gambang di sini ditutup kepada semua kenderaan ringan hari ini kerana dinaiki air banjir.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, jalan sepanjang 250 meter berkenaan yang dinaiki air ditutup kepada semua kenderaan ringan bermula hari ini.
“Papan tanda amaran telah diletakkan dan jalan ditutup kepada semua kenderaan ringan.
“Jalan alternatif adalah melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT1),”katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pada masa ini masih hujan dan pihak APM masih terus melakukan pemantauan khususnya di kawasan dinaiki airi. – KOSMO! ONLINE














