fbpx
Tangkap layar video Basral Graito dipeluk oleh pasukan dari Malaysia dan Filipina selepas memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand.

[VIDEO] Pelukan Mariss Khan tular di Indonesia, melebihi emas Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemenangan atlet papan selaju ‘skateboard street’ Indonesia, Basral Graito Hutomo bagi pingat emas di Sukan SEA 2025, Bangkok turut mendapat hadiah pelukan daripada rakan pasukan negara lain, sekali gus mengundang sebak pengguna media sosial.

Menerusi video dimuat naik Facebook Seasia Goal, kelihatan Basral Graito menangis apabila diumumkan pemenang pingat emas dan dia kemudian dipeluk oleh pasukan lain termasuk dari Malaysia dan Filipina.

Turut kelihatan ketua jurulatih Malaysia, Mariss Khan menjadi individu pertama menerpa ke arah Basral sebelum memeluknya.

Mariss Khan merupakan seorang juri yang berpengalaman luas dalam sukan ini sejak awal tahun 2000 lagi.

Basral Graito tidak dapat menahan air mata apabila Indonesia memenangi pingat emas acara skateboarding.

“Apa yang menjadikannya lebih istimewa? Pasukan Malaysia dan atlet Filipina turut menerpa ke arahnya untuk sama-sama meraikan kemenangan dan memberi pelukan hangat kepadanya. Arena skateboard Asia Tenggara sebagai satu keluarga,” menurut kapsyen Seasia goal.

Video tersebut dirakam oleh seorang lelaki Indonesia Fandy Dharma serta dimuat naik oleh Basral Graito pada Instagram yang kemudiannya tular serta dikongsikan oleh pengguna media sosial lain.

Ia mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial dari negara ASEAN apabila melihat semangat kesukanan dan keakraban ditunjukkan pasukan daripada pelbagai negara pada Sukan SEA 2025.

“Kita hanya bergaduh di media sosial. Tapi di dunia nyata, kita masih kawan,” komen seorang pengguna Facebook Indonesia, Rixky Rubiansyah.

“Tanpa sempadan, tanpa bahasa dan tanpa ego. Cuma insan-insan yang meraikan insan lain. Tahniah,” kata Hestu Nugroho.

“Ini baru sukan. Bertanding itu kita lawan, masa meraikan kita raikan sama-sama. Sebab bukan semua skater boleh buat ‘skill’ begitu,” kata penggguna Facebook Malaysia, Kaz Zara.

“Komuniti ASEAN seharusnya dilihat begini,” komen pengguna Facebook Kemboja, Manyriddh Chanthy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN