fbpx
TIERNEY (kanan) melakukan percubaan ke gawang JDT ketika aksi final Piala FA malam kelmarin. - SYAKIR RADIN

Final Piala Malaysia sasaran baharu Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEKALAHAN besar 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pentas final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin bukan titik noktah buat Sabah FC yang kekal bercita-cita besar untuk meraih kejayaan pada saingan akan datang.

Walaupun tidak mampu untuk menamatkan penantian 30 tahun untuk bergelar juara Piala FA, penyerang The Rhinos, Fergus Tierney menegaskan kejayaan mara ke final kali ini boleh dianggap sebagai langkah pertama buat Sabah.

Dengan apa yang dijelmakan oleh pemain sepanjang kempen Piala FA kali ini, Tierney menjelaskan adalah wajar untuk pasukannya bercita-cita meraih satu lagi pentas final pada pertandingan Piala Malaysia musim ini.

“Memang kita akan target untuk sampai perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya rasa kita akan pergi semua perlawanan untuk menang. Tidak kira perlawanan liga, piala sekali pun dan sekarang kami juga kena baiki banyak perkara.

“Saya sememangnya berbangga dapat pengalaman bermain di pentas final seperti ini. Saya harap ini akan jadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

Tierney juga seakan hilang kata-kata untuk menzahirkan situasi sebenar yang dihadapi pasukannya sepanjang perlawanan kali ini kerana menganggap JDT adalah pasukan lebih baik.

“Saya rasa kami bermula perlawanan dan mungkin juga ada perasaan gugup, saya pun tidak tahu mahu cakap apa. Tahniah kepada JDT, mereka memang berhak untuk menang tetapi kami boleh bangga untuk mara ke final,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI